Efek pada banyak benda lain kalau di biarkan, i.e. tayar cepat botak atau bengkak, suspension cepat rosak dan mcm2 hal lagi yang berkaitan tayar. Dan yang paling serius, time drive rasa TAK best! stereng goyang n kekadang satu keta rasa bergegar.
So bawak la keta anda pi kedai tayar untuk "tire balancing & alignment".
Sedikit info nak share before pi kedai wat servis ni.
"Balancing" tu maksudnya servis atau adjust tiap2 tayar supaya pusingan tayar tu x gelong. Bila di spinkan tayar tu atas mesin balancer, tayar akan berpusing tanpa gelong2. Kalau ada gelong, maka sedikit besi atau aloi akan diketuk masukkan kat tepi rim.
"Alignment" pulak adalah adjustment pada ke-empat empat tayar supaya sejajar. Maksudnya, tayar belakang dan tayar depan adalah selari dan sejajar. Kalau alignment x betul, maka tayar akan cepat botak dan pemanduan jadi kureng shedap.
Ada banyak lagi term mengenai tayar nih (i.e.: on-line balancing, off-line, camber adjust), tapi dua ni yang amat penting dan seharusnya di buat selepas setiap dua atau tiga kali servis.
Camber adjust, besanya di buat sekiranya camber tayar kri dan kanan dah out. Mahai sikit harga servis, salah buat, lagi jahanam tayar. Besanya keta proton, ke-empat empat tayar ada camber yang boleh/kena adjsut. Kalau keta Perodua, yang depan ja ada camber, belakang dah fixed!.
Secara asasnya, tayar akan di"swap" (maksudnya tukar yang depan ke belakang dan yang belakang kedepan selepas dua tau tiga kali servis, alang2 dah swap wat la sekali alignmnet n balancing nih.) Baru naik rasa sedap dan bunga tayar akan haus secara sekata.
HARGA, sebagai rujukan sahaja:
Harga servis ini pada Julai 2012 adalah seperti berikut:
- Alignment tayar depan belakang --> RM 28.00
- Adjust camber depan, kiri dan kanan --> RM 50.00 (besa mmg dia akan adjust kiri dan kanan, jarang ada kes adjust sebelah saja. Kalau ada, hanya RM 25.00 sebelah)
- Adjust camber belakang, kiri dan kanan --> RM 50.00
Suggested wheel services for resident in Bangi, Kajang and Putrajaya area:
S8auto,
Seksyen 4 tambahan, Bandar Baru Bangi.
Bukan nak promote kedai ni sgt tapi better pi kat sini sebab puas hati. Masa nak wat alignmnet tu, dia siap ukur pakai measuring tape. Ukuran panjang antara tayar kanan dan kiri di ambil. Yang depan pun ukur dan yang belakang pun ukur. Berdasarkan pengalaman dok buat wheel alignment ni, kedai tayar lain X buat ukuran macam ni.
Kalau refer information ttg wheel alignment via internet pun ada bagitau pasai measurement ni pasai nak tau tayar tu TOE OUT atau TOE IN.
Kalau ada tempat yang lain buat macam kedai ni tolong bitaw kat bahagian komen, Ok. baru leh share info.
Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
ReplyDeleteAda 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.
Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...